IPOH, 6 Oktober 2016: Kompleks JMG Ipoh telah mengadakan acara sukan bersama sempena menyambut Hari Sukan Negara yang disambut secara rasmi pada 8 Oktober 2016. Acara sukan ini telah diadakan pada 5 Oktober dan 6 Oktober, tiga hari lebih awal.

Acara pembukaan telah diadakan perlawanan bowling pada 5 Oktober bertempat di Ipoh Parade. Acara telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Ariff Omar bagi pihak Pengarah BPT dan En. Mohd Sidi Daud, Pengarah JMG Negeri Perak. Perlawanan tiga penjuru ini berjalan dengan lancar dimana johan telah dimenangi oleh PPM diikuti oleh BPT dan JMG Perak.

Manakala pada keesokan hari pula telah diadakan acara senamrobik di hadapan Muzium Geologi dan diikuti oleh pertandingan ping-pong, dart dan congkak.

Congkak dimenangi oleh BPT, naib johan dimenangi oleh PPM seterusnya JMG Perak. Johan dan Naib johan Ping-pong dimenangi oleh BPT dan tempat ketiga dimenangi oleh JMG Perak. Acara dart pula dimenangi oleh PPM dan JMG Perak.

Search

Iklan

IKLAN TV KELAB

Kami ini memaklumkan kepada semua bahawa sekiranya tuan/puan mempunyai  sebarang maklumat yang ingin disampaikan kepada semua, bolehlah disalurkan kepada pengurus petugas kiosk atau terus kepada Bendahari Kelab. Walau bagaimanapun maklumat yang berbentuk komersial akan dikenakan bayaran RM2.00 sehari. Untuk pertanyaan boleh berhubung terus dengan bendahari kelab.

 

RUMAH KELAB UNTUK DISEWA

Rumah kelab untuk disewa. Yang berminat sila hubungi Bendahari Kelab 012-5858797 / 019-5499971

 

 

Makluman

Ahli Baru KSKBPT

Seluruh warga KSKBPT mengucapkan Selamat datang kepada ahli baru KSKBPT. 298 ISMAIL BIN HANUAR 299 ABDUL RAZAK BIN ZAKARIA 300...

Ahli Bertukar @ Bersara

AHLI BERTUKAR @ BERPINDAH 1 ZAITON BINTI ABDULLAH 15-Jun-19 JMG PERAK 2 MAHISHAM BIN IBRAHIM 1-Jul-19 IBU PEJABAT JMG, PUTRAJAYA...

Pertandingan 'The Bigger Loser'

IPOH, 1 April 2019:    Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan Pertandingan 'The Bigger Loser' yang terbuka kepada semua warga Bahagian...

Sambutan Hari Raya 2019

Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Kelab Sukan Dan Kebajikan BPT akan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan seperti berikut:...

« »